Tips Menghaluskan Kulit dengan Scrub Buatan Sendiri


Tips Menghaluskan Kulit dengan Scrub Buatan SendiriSecara alami, kulit kita sebetulnya mengalami regenerasi setiap dua hingga tiga minggu. Sayangnya yang membuat regenerasi berlangsung kurang optimal adalah gaya hidup kita dan faktor bertambahya usia sehingga mengakibatkan sel-sel kulit mati menumpuk sehingga membuat kulit terasa kusam dan terasa kasar. Oleh itu di sinilah kulit membutuhkan perhatian lewat scrub. Dengan skrub buatan sendiri adalah resipi untuk sihat, kulit bercahaya! Berikut skrub buatan sendiri yang menjanjikan kulit anda bercahaya dan lembut seperti sutera.

1. Skrub Gula
Hidup ini indah dengana adanya rasa seperti gula dan minyak sayuran. Bagaimana anda menggunakannya? Gunakan gula perang ataupun gula putih biasa, minyak kelapa ataupun minyak sayuran. Campurkan kedua-duanya dalam nisbah 2: 1 supaya bagi setiap sudu minyak anda menambah 2 sudu gula. Mudah, bukan? Boleh mula gosok di badan.Menariknya lagi ialah pengelupasan satu cara yang bagus untuk membuang kulit-kulit mati pada badan kita yang selalunya berlaku di belakang, punggung dan belakang lengan. Gunakan gula (lebih lembut daripada skrub garam) ketika mandi setiap minggu atau setiap bulan.

 
BACA JUGA:  Tips Cara Memakai Lipstik Dengan Rapi

2. Skrub Madu Mentah
Hanya perlukan madu mentah. Semua tahu kehebatan madu pada kecantikan dan kesihatan anggota tubuh badan. Hanya ambil sebahagian kecil madu, urut di bibir pecah-pecah anda, kulit kusam, lutut, siku kasar. Hasilnya sungguh berbaloi.

3. Skrub Untuk Kulit Sensitif
Bahan-bahan diperlukan ialah gula perang, minyak avokado dan timun. Ini skrub buatan sendiri asli yang tepat untuk semua wanita yang mempunyai kulit sensitif. Apa yang dilakukan? Campurkan gula dan minyak dalam nisbah 2:1, kisar timun dan campurkan kesemuanya. Sapu di badan dan urut, biarkan dalam beberapa minit. Kulit anda lebih lembut dan bercahaya.

 
BACA JUGA:  Cara Menghaluskan Jari Tangan dengan Bahan Alami

4. Skrub Teh Hijau
Untuk membuat skrub teh hijau, anda perlukan teh hijau yang kuat, gula putih dan juga madu. Beberapa sudu teh hijau dicampur dengan gula putih dan madu untuk dijadikan pes skrub. Jadi, lepas ini hanya perlu eksperimen di rumah sahaja untuk kulit lembut bak sutera.

5. Skrub Strawberi
Ini antara yang paling menarik dan mengeluarkan bau yang cukup asyik. Anda perlukan gula putih, buah strawberi dan juga minyak badam. Minyak, gula dan strawberi dicampurkan dan digaul sebati. Wanista suka kerana produk penjagaan kulit DIY ini akan meninggalkan muka anda cerah, segar dan lembut seperti bayi.

 
BACA JUGA:  Tips Memilih Tabir Surya yang Baik Untuk Kulit

6. Skrub Garam Laut
Anda perlukan black lava sea salt, minyak zaitun dan nenas. Jika anda cenderung kepada kulit berminyak, ini mungkin skrub yang sesuai dan boleh anda cuba. Garam dan minyak zaitun dicampurkan ke dalam nenas yang sudah dikisar halus.  Ini menjadikan kulit anda lebih baik, segar dan lebih bercahaya juga lembut, malah boleh disapukan di bahagian belakang badan jika anda mengalami jerawat badan.